kesimpulan
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan Kerajaan-kerajaan melayu di Tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya , Kerajaan Melaka setanding dengan tamadun - tamadun dunia yang lain. Selain itu , kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan yang tersendiri. Sejarah awal Negara memperlihatkan kehidupan masyarakat zaman awal dan perkembangannya. Sesuatu tamadun manusia itu mengedar mengikut peredaran masa dan zaman . Sebuah Negara atau bangsa perlu mempertahankan identiti sendiri , walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah . Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada sesebuah Negara bangsa. Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat setia kepada Negara akan menyebabkan Negara itu dijajah . Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar minda mereka tidak mudah dipengaruh oleh orang asing.
Dengan pemahaman itu , maka dapatlah generasi kemudiannya mengahayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap Tanah air. Seterusnya , generasi masa kini perlu mengkaji cara masyarakat pada masa tersebut mengadaptasi diri mereka dengan alam persekitaran . walaubagaimanapun ,Generasi baru perlu mengkaji cara manusia pada zaman dahulu dapat mencipta sesuatu teknologi yang boleh bertahan sehingga boleh dilihat oleh generasi pada zaman sekarang . Setiap individu perlu megetahui asal usul bangsanya sendiri melalui sejarah. Oleh itu , peristiwa penjajahan di Tanah Melayu perlulah dijadikan iktibar agar sentiasa mengisi kemerdekaan yang dikecapi dengan melakukan sesuatu agar menaikkan nama Negara di mata dunia.
No comments:
Post a Comment